ads

2 Beradik Dipenjara, Denda Kerana Curi Strepsils

2 Beradik Dipenjara, Denda Kerana Curi Strepsils

KUALA LUMPUR – Dua beradik penganggur masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500, atau penjara 20 hari, kerana mencuri 12 kotak kotak gula-gula penyaman tekak, bulan lepas.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Nur Ramadan Abdullah, 25, dan Mohammad Afzan Abdullah, 24, selepas mereka mengaku bersalah mencuri 12 kotak Strepsils lemon di KK Supermart Jalil Link, Bukit Jalil, Cheras, di sini pada 4.30 petang, 22 Jun tahun ini.
Beliau memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara mulai tarikh mereka ditangkap pada 22 Jun.
Kedua-dua beradik itu yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda.
Dalam rayuannya, Ramadan memohon hukuman ringan oleh sebab dia perlu menyara seorang anak, manakala Afzan turut memohon hukuman ringan memandangkan dia tiada pekerjaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Zikri Jaafar, menggesa mahkamah supaya menjatuhi hukuman bersifat pencegahan, disebabkan sebagai adik beradik, mereka sepatutnya saling menjaga kepentingan satu sama lain, dan bukannya menjadi orang jahat. – BERNAMA


No comments

Powered by Blogger.