ads

Cawangan Starbucks Di Bangsar Turut Dikendali OKU

starbucks1

BAGI memberi peluang golongan buta dan pekak mempamerkan kebolehan kerja seperti orang normal, rangkaian premis jenama kopi terkenal Starbucks mengambil langkah mengajikan pekerja orang kurang upaya (OKU).

Langkah tersebut dilakukan di kafe cawangan terbaharu syarikat berkenaan yang dibuka di Bangsar, Kuala Lumpur.
Menurut portal Mashable Asia, Starbucks cawangan itu bakal menggajikan 10 barista, tiga daripada mereka mempunyai masalah pendengaran.
Untuk pesanan, pelanggan boleh menggunakan bahasa isyarat, namun sekiranya tidak mahir, boleh juga menggunakan nombor yang tertera di skrin bagi memudahkan pemahaman barista.
Terdahulu, Starbucks pernah mengambil inisiatif pekerja dalam kalangan pesara tentera. – MYNEWSHUB.CC


No comments

Powered by Blogger.