ads

Epiknya Filem & Sensasinya Cerita

Epiknya Filem & Sensasinya Cerita

CERITA dalam filem epik pastilah hebat. Nama pun epik. Diangkat dari kisah kepahlawanan. Unsur sejarahnya barangkali kurang dipenuhi fakta, namun epik tetap hidup kerana ceritanya diriwayatkan dalam mitos dan lagenda

epik boleh saja diangkat dari kisah-kisah lisan Dewa Yunani, malah masih epik sekali pun diangkat dari teks sejarah Hikayat Hang Tuah. Begitulah status epik dalam tafsiran filem. Filem epik sebenarnya lebih mewarisi DNA kisah kepahlawanan yang hebat berbanding fakta pensejarahan.



Bang Rajan filem epik yang paling saya suka. Melebihi epik Bollywood berjudul Asokalakonan Syahrukh Khan dan epik leluhur kaum Slav dalam sejarah Roman berjudul300.
Latar Perang Kerling dalam Asoka dan perang Spartan menentang Empayar Roman dalam 300 apabila difilemkan menggegarkan dunia. Sejarah dan mitos dalam filem tersebut menjadikan epik dalam sinema berbeza dengan epik dalam tafsiran ilmiah. Sinema menjadikan epik tiada had dan jangkaan.
Epiknya Filem & Sensasinya Cerita
Epiknya Filem & Sensasinya Cerita
ADEGAN DALAM FILEM EPIK ASOKA ARAHAN SANTOSH SIVAN DIRELIS PADA TAHUN 2001.
Epiknya Filem & Sensasinya Cerita
Epiknya Filem & Sensasinya Cerita
ADEGAN DALAM FILEM EPIK 300 ARAHAN ZACK SNYDER DIRELIS TAHUN 2007.
Namun Asoka arahan Santosh Sivan direlis pada tahun 2001 dan 300 arahan Zack Snyder direlis tahun 2007, jelas tidak mampu menenggelamkan dahsyatnya epik dalam filem Bang Rajan.
Filem Thai arahan Tanit Jitnukul ini direlis tahun 2000. Aksi tempurnya sangat meremangkan bulu roma. Epik Thai ini mengambil latar perang Burma-Ayuthia dan sangat bersifat patriotik. Bukan aksi melibas pedang dan tubuh sasa Winai Kraibutr, Jaran Ngamdee dan Bongkoj Khongmalai jadi tambatan – tetapi semangat perang orang Sian pada tahun 1765 hingga 1767 itu terasa seru.
Filem berkos RM5 juta ini mengangkat nilai patriotisme Siam 250 tahun lalu. Justeru, pada 2004 filem ini berjaya menakluk pawagam Amerika Syarikat sebagai epik terbaik bikinan dari Asia. Sekali pun banyak filem Asia masuk ke Barat dengan meraih perhatian – Bang Rajan menakluk Barat sebagai Epik Klasik dengan motif harga diri bangsa Siam terhadap tanahairnya.
Epiknya Filem & Sensasinya Cerita

FILEM EPIK HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA TERBITAN KRU PRODUCTION.
Epiknya Filem & Sensasinya Cerita
Kita pula terus menanti filem epik tempatan. Merong Mahawangsa juga epik. Malah, filem terbitan KRU Production ini membuka langkah pertama industri filem tempatan untuk meletakkan filem epik sebagai berkelas tinggi.
Filem Epik pastinya diharapkan muncul di sinema dengan aksi penuh adegan berdarah dan pertarungan. Atau selitan babak cinta untuk tarikan. Asokamelakukannya dengan membawa Kareena Kapoor di sisi Shahrukh Khan. Tetapi filem epik tulen ialah penceritaan yang mampu mengangkat falsafah lampau untuk mendidik manusia hari ini.
Banyak kisah epik yang boleh diangkat. Kita memiliki banyak nama-nama epik yang penuh aura dan pesona. Nama-nama lagenda yang mampu menambat sinema sekiranya diepikkan.
Epiknya Filem & Sensasinya Cerita
Epiknya Filem & Sensasinya Cerita
APAKAH BENAR, TUN TEJA KEKASIHNYA MEGAT PANJI ALAM DILARIKAN HANG TUAH? (GAMBAR HIASAN)
Macam Megat Panji Alam. Kita mahu tahu secara sinema: Apakah kehebatan sebenarnya pahlawan Terengganu ini?
Apakah benar, dia pasrah kekasihnya Tun Teja dilarikan Hang Tuah? Benarkan Megat Panji Alam ditikam curi balik tempayan, atau versi lain menyebut dari balik sisi tangga.
Benarkah Hang Tuah berjaya memikat Tun Teja. Atau Hang Tuah memang jantan pendurja yang sebal menculiknya dengan kepakaran ilmu guna-guna? Apakah Hang Tuah sanggup melakukan semua ini semata-mata terlalu setia pada Sultan Melaka?
Wah! Kalau difilemkan pasti epikkan? – MYNEWSHUB.CC


No comments

Powered by Blogger.