ads

GADIS INI BERSIN 8,000 KALI SEHARI




ESSEX - BRITAIN. Para doktor gagal mengenal pasti punca seorang gadis mula bersin hampir 8,000 kali sehari sejak tiga minggu lepas.

Laporan DailyMail mengatakan doktor menafikan gejala yang dihidapi Ira Saxena, 9 adalah disebabkan alergi dan demam.

Disebabkan gejala itu, Ira gagal meneruskan persekolahan seperti kanak-kanak normal.

Ibu Ira, Priya sudah membawa anaknya ke doktor pakar kerajaan dan swasta namun tiada diagnosis yang sesuai untuk menerangkan gejala tersebut.

Antara waktu Ira berhenti bersin hanyalah ketika tidur dan ketika menjalani rawatan terapi hipnoterapi.

"Ira cuba kembali ke sekolah namun hanya bertahan beberapa jam kerana dia tidak berhenti bersin," kata Priya.

Priya bersyukur kerana pihak sekolah memahami keadaan anaknya namun meminta pihak yang mampu membantu anaknya supaya tampil berjumpa mereka.


Pada 2009, seorang kanak-kanak dari Amerika Syarikat, Lauren Johnson, 12 bersin beribu-ribu kali selepas sistem imun mangsa 'rosak'.- SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.