ads

Gurauan Bawa ‘Bom’, Penerbangan Tertunda 2 Jam


Usaha Mencari MH370 Digantung Setelah Meliputi Kawasan 120,000 Km Persegi
BALIK PULAU (Pulau Pinang) – Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka, terpaksa membayar denda atas tindakan bodoh mereka, menyebabkan penerbangan AirAsia Indonesia dari Pulau Pinang ke Jakarta tertangguh dua jam, semalam.

Kawan Tambunan, 48, dan Wahyuningsih, 47, ditahan dan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan ugutan jenayah yang mengakibatkan Kawan perlu membayar denda RM1,000.
Selepas menaiki pesawat itu pada 5.55 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pramugari meminta pasangan itu meletakkan bagasi kabin mereka di ruangan simpanan, tetapi mereka enggan berbuat demikian, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar.
Pramugari itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang dan polis kemudian menahan pasangan itu.
“Kami percaya ugutan bom itu hanyalah gurauan dan pemeriksaan polis mendapati beg itu hanya mengandungi bekalan ubatan bagi penyakit jantung.
Ia tiada kena-mengena dengan ancaman pengganas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kawan dan Wahyuningsih didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10(3) Akta Penerbangan Awam.
Mereka mengaku bersalah dan Kawan didenda RM1,000.
Polis merampas pasport dan semua barangan mereka untuk siasatan lanjut, kata Anuar.
“Kami mahu orang ramai tahu, melakukan ugutan bom di lapangan terbang, terutama dalam penerbangan, adalah kesalahan serius memandangkan kita kini menghadapi banyak ancaman, terutama daripada kumpulan pengganas seperti IS (Daesh),” katanya.

Anuar berkata ia merupakan ugutan bom ketiga di lapangan terbang tahun ini, dan semua kesalahan itu dilakukan warga Indonesia. – BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.