ads

Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi

Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi

PARIS – Seorang wanita dan tiga orang anak perempuannya ditikam di sebuah pusat peranginan Perancis gara-gara memakai pakaian yang mencolok mata, menurut laporan media tempatan.

Seorang budak perempuan berusia 8 tahun nazak dalam kejadian yang berlaku di Garde-Colombe, wilayah Hautes-Alpes, selatan Perancis. Dua lagi kanak-kanak perempuan berumur 12 dan 14 manakala ibu mereka berusia 46.
Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi
Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi
Seorang lelaki dipercayai terlebih dahulu telah menyerang tiga kanak-kanak perempuan yang berada di luar rumah mereka sebelum bertindak memasuki kediaman tersebut lalu menyerang pula ibu mereka.
Menurut Timbalan Datuk Bandar Laragne-Monteglin, Jean-Marc Duprat, suspek merupakan seorang individu yang tiada pertalian darah dengan mangsa dan merupakan warga Maghribi.
Jelas Duprat, suspek dikatakan berasa kecewa dengan tindakan keluarga berkenaan kerana gemar memakai seluar pendek dan hanya berkemeja-T menonjolkan aurat terdedah.
Difahamkan, suspek sebelum ini pernah bertemu dengan keluarga tersebut memandangkan dia (suspek) hanya tinggal bersebelahan dengan mangsa.
Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi
Ibu Dan 3 Anak Ditikam Jiran Gara-Gara Pakai Seksi
Menurut Amaury Navarrane dari majlis serantau berkata: “serangan ini bermotifkan keagamaan, tidak syak lagi.”
Sementara itu, menurut pendakwa raya, butiran kejadian masih lagi kabur dan memerlukan siasatan yang menyeluruh.

Difahamkan, suspek didakwa telah meninggalkan tempat kejadian menggunakan sebuah kereta sebelum ditahan pihak berkuasa tempatan. Seorang lelaki berusia 37 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. -SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.