ads

Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan

Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan

PENGHIDAP obesiti Arya Permana, 10, dari Indonesia digelar budak tergemuk di dunia kerana memiliki berat badan mencecah 190 kilogram.

Namun akibat berat badan yang dimiliki Arya, dia terpaksa berhenti sekolah ekoran tidak mampu untuk berjalan seperti murid-murid yang lain.
Terbaharu, menurut sebuah portal negara itu, Arya yang telah lama bercuti dari alam persekolahannya telah memulakan sesi persekolahan yang pertama di SDN Cipurwasari 1, semalam.
Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan
Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan
Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan
Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan
Malangnya, menurut bapa Arya iaitu Ade Somantri, pada hari pertama persekolahannya Arya tergelincir kerana tanah licin disebabkan hujan yang turun pada malam sebelumnya.
“Semalam Arya terjatuh kerana tergelincir, akibat tanah yang licin disebabkan hujan malam tadi,” katanya.
Disebabkan kecelakaan itu, Arya dibawa pulang ke rumah kerana bajunya telah kotor sebelum dapat menamatkan hari pertama persekolahannya.
Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan
Jatuh Hari Pertama Sekolah, Arya Mengadu Sakit Badan
Jelas Ade, Arya tidak mengeluh dengan insiden yang menimpanya namun pada malam itu, dia mengadu mengalami sakit badan dan meminta untuk mengurut badannya.
“Malam tadi Arya mengadu sakit badan dan disuruh urut. Hari ini dia tidak mahu ke sekolah,” jelas Ade.
Tambah Ade, dia tidak pasti sama ada guru sekolah berkenaan akan datang mengajar Arya di rumah seperti kebiasaannya kerana masih di tempat kerja. – MYNEWSHUB.CC


No comments

Powered by Blogger.