ads

Lelaki Jual Kuntilanak Secara Online, Gegarkan Netizen ?????

PENGGUNAAN media sosial untuk mempromosikan barang dagangan memang sudah tidak asing lagi malah netizen memanfaatkan Facebook, Twitter dan Instagram untuk berniaga secara online.

Namun bagaimana pula jika ada yang dijual itu adalah hal yang belum pernah ada seperti mana perniagaan pakaian, barangan elektronik atau makanan. Lebih unik barang yang dijual itu ialah makhluk halus atau syaitan.
Baru-baru ini netizen terutama di Indonesia digemparkan dengan harga promosi yang dilakukan seorang netizen tempatan bernama Achyar Yuliantoro yang berasal dari republik tersebut.
Menerusi posting di akaun Facebook-nya, ia menawarkan hantu ‘kuntilanak’ untuk dijual kepada netizen yang berminat untuk memilikinya. Bahkan dia menjelaskan secara terperinci apa sahaja manfaat kuntilanak tersebut.

Isu ini menjadi perbincangan hangat sehingga menimbulkan pelbagai respons kepada netizen yang ada berasa ragu-ragu dengan tawarannya menjual ‘kuntilanak’ tersebut.
Ia juga menjadi topik panas sehingga ke hari ini dengan gambar Achyar selamba berdiri bersama kuntilanak yang ingin dijualnya itu tersebar menerusi Internet. – SAYANGMY
Sumber Rujukan: MyNewshub.cc

No comments

Powered by Blogger.