ads

Makanan Lambat, Pelanggan Tembak Mati Pelayan

Makanan Lambat Sampai, Pelanggan Tembak Mati Pelayan

SEORANG pelanggan restoran di Riyadh, Arab Saudi nekad menembak mati seorang pelayan restoran selepas hidangan yang dipesannya lambat sampai ke meja.

Mangsa, seorang lelaki yang berasal dari India maut ketika dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital berhampiran.
Susulan insiden itu, seorang pelayan yang lain kemudiannya menelefon talian kecemasan ambulans dan polis bagi mendapatkan bantuan.
Setibanya di tempat kejadian pihak polis mendapati mangsa berlumuran darah dan terus dikejarkan ke hospital berdekatan namun malangnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Menurut sumber, pihak polis telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sudah mengesahkan identiti suspek.
Menurut saksi kejadian, suspek yang dipercayai warga tempatan memarahi mangsa kerana makanan yang dipesannya lambat sampai.
Bengang situasi itu, suspek dikatakan keluar dari restoran itu dan kemudian datang kembali dengan membawa sepucuk pistol lalu menembak bahagian belakang pelayan terbabit yang ketika itu sedang menjawab panggilan telefon.
Pihak polis dilaporkan sudah berjaya menahan suspek yang berusia 30 tahun itu.
Susulan video itu yang kini menjadi viral di Internet, para netizen berharap suspek akan dihukum sampai mati oleh pihak mahkamah. – SAYANG.NET


No comments

Powered by Blogger.