ads

Mural ‘The Loving Sister’ Diiktiraf Terbesar Di Malaysia

SEBUAH lukisan mural yang bertemakan kasih sayang dua beradik berjudul ‘The Loving Sister’ telah diiktiraf oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai mural terbesar di negara ini.

Mural 'The Loving Sister' Diiktiraf Terbesar Di Malaysia

Mural yang dihasilkan di dinding sebuah bangunan empat tingkat di Jalan Bulatan Bakri, Muar, Johor itu mempunyai setinggi 11.8 meter dan selebar 9.45.
Hasil lukisan mengagumkan ini merupakan karya dari pelukis Rusia, Julia Volchkova.
Mural 'The Loving Sister' Diiktiraf Terbesar Di Malaysia
Mural 'The Loving Sister' Diiktiraf Terbesar Di MalaysiaJULIA VOLCHKOVA
Lukisan yang memaparkan wajah dua beradik yang dikenali sebagai Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid, 7, dan adiknya, Nur Najiyah Armani, 3, yang berasal dari Bakri ini dilaporkan siap pada Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siow Kiong berkata, kejayaan itu hasil kerjasama komuniti setempat yang berusaha membawa enam artis ke daerah ini.
“Muar yang sebelum ini terkenal dengan pelbagai produk bersejarah dan makanan enak, kini mempunyai produk baru dari segi kreatif dan inovatif,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.