ads

MURID TADIKA HADIAH MERCEDES PADA GURUNYA!!!

Seorang murid tadika di Kuwait telah memberikan sebuah kereta Mercedes mewah yang baru kepada guru kesayangannya sebagai hadiah selepas tamat persekolahan.
Noor Al Faris, berusia lima tahun, mahu mengucapkan terima kasih kepada gurunya dalam usaha membantu dirinya menjadi ‘graduan’ dari tadika di Kuwait minggu ini.

hadiahkereta1

Al Faris digambarkan duduk di atas bonet kereta itu, yang tertulis ‘Kereta ini adalah untuk guru kegemaran saya Nadia’ ditulis dalam bahasa Arab pada cermin.
Bagaimanapun, media tempatan melaporkan hadiah itu dibeli bapa Noor kerana berterima kasih selepas guru itu membantu anaknya setelah isterinya meninggal dunia.
Bapa kepada Noor Al Faris yang enggan namanya disiarkan berkata, guru tersebut telah  memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan Noor di samping membawa kesan positif kepada kanak-kanak itu selepas dia kehilangan ibunya. - SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.