ads

Odyssey Mungkin Nama Bagi Peranti Realiti Maya Kendiri Oleh Samsung


pril lalu Samsung mengesahkan mereka sedang membangunkan peranti realiti maya kendiri (standalone) mereka seakan HoloLens. Mereka baru sahaja mempatenkan nama produk baruOdyssey yang mungkin merupakan peranti realiti maya pertama mereka yang tidak memerlukan sebuah peranti untuk berfungsi. Paten untuk Odyssey difailkan bersama dengan tiga logo yang mengesahkan ia berkaitan dengan teknologi realiti maya.
Samsung Odyssey
Teknologi mengesan kedudukannya dengan lebih tepat seperti HTC Vive dijangka akan digunakan. Tidak banyak maklumat diketahui mengenai spesifikasi ataupun rekaan Odyssey diketahui setakat ini. Samsung Gear VR keluaran mereka kini ialah antara peranti realiti maya paling popular di duniadengan lebih 1 Juta pengguna aktif setiap bulan. Dengan Odsyssey mereka pastinya akan meningkatkan kemampuan grafik sedia ada.

No comments

Powered by Blogger.