ads

Padah Berhenti Mengejut, Cermin Depan McLaren Retak

Padah Berhenti Mengejut, Cermin Depan McLaren Retak

SEBUAH video amatur berdurasi kurang satu minit memaparkan keadaan cermin penghadang angin sebuah kereta mewah retak dalam kejadian yang berlaku di Denver, Colorado, Amerika Syarikat.

Walaupun kejadian yang menimpa kereta McLaren itu berlaku di sebalik rakaman video. Namun seorang saksi, Paul Gonzo menceritakan kejadian yang berlaku.
Menurut Gonzo kepada sebuah portal antarabangsa, dia yang sedang merakam matahari terbenam apabila kereta itu memberikan isyarat berhenti menyebabkan seorang peluncur papan selaju  terjatuh dari papan luncurnya.
Padah Berhenti Mengejut, Cermin Depan McLaren Retak
Padah Berhenti Mengejut, Cermin Depan McLaren Retak
Tambah Gonzo, pemandu McLaren itu menjerit ‘sesuatu’ kepada peluncur berkenaan dan tiba-tiba terdengar bunyi ‘smash‘ dari arah kereta berkenaan.
“Pemandu McLaren menjerit ‘sesuatu’ kepada peluncur tersebut dan kemudiaannya saya terdengar ‘smash‘ dari arah kereta tersebut. Cermin penghadang angin telah retak,” jelasnya.
Menerusi rakaman itu juga dapat dilihat seorang remaja lelaki memakai baju kelabu berseluar paras lutut warna hitam berlari meninggalkan tempat kejadian itu sambil dikejar oleh pemandu kereta McLaren tersebut.
Tambah portal itu lagi, tidak dapat dipastikan apa yang berlaku seterusnya. – SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.