ads

Pelancaran Samsung Galaxy Note 7 Pada 2 Ogos Ini

Samsung Galaxy Note 7-Invite-970-80

Pelancaran Samsung Galaxy Note 7 disahkan akan diadakan pada 2 Ogos ini di New York selepas syarikat Korea Selatan itu mula menghantar jemputan ke acara eksklusif itu kepada pihak media.
Sebelum ini telah dikhabarkan bahawa pelancaran telefon pintar phablet Samsung Galaxy Note 7 akan diawalkan dan dengan pengumuman ini, khabar itu telah disahkan benar. Pada tahun-tahun sebelumnya, pelancaran model Note biasanya diadakan di penghujung Ogos selari dengan acara perdagangan IFA di Berlin. Kini Samsung tidak lagi mahu telefon pintarnya itu dikaitkan dengan acara tersebut.
Dalam jemputan tersebut, Samsung telah menggambarkan kehadiran phablet tersebut dengan menggunakan ikon pen stylus (S-Pen keluaran Samsung) dengan tagline “7 Unpacked 2016”. Mungkinkah Samsung akan membuat innovasi berkaitan dengan S-Pen keluarannya? Sama-sama kita lihat nanti.-SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.