ads

Pengeluaran Pita VHS Akhirnya Dihentikan Hujung Bulan Ini


Angkat tangan sekiranya anda pernah menonton filem menggunakan pita VHS. Angkat sebelum lagi tangan sekiranya anda masih mempunyai pemain VHS yang berfungsi. Kami masih mempunyai beberapa pita VHS Anime yang kami beli lebih 20 tahun yang lalu. Kini sudah berkulat tetapi masih disimpan kerana nostalgia zaman masih belum mumayyiz. Pada hujung bulan ini, pita VHS akan dihentikan pengeluarannya oleh Funai Electric Company. Ianya syarikat terakhir yang menghasilkannya di dunia.
Pita-VHS-1

Pengeluaran dihentikan kerana permintaan yang semakin berkurangan dan kesukaran mencari alat ganti bagi meneruskan produksi. Tahun lalu mereka melaporkan jualan hanya mencecah 750 000VHS. Tahun lalu Sony menghentikan penghasilan pita VHS mereka. Format baru seperti Ultra HD Blu-Ray yang menawarkan resolusi serta kualiti menyebabkan format klasik ini dihentikan.
Apakah pita VHS terakhir yang anda tonton? Bagi kami ialah filem Anime Ghost in The Shell yang dibeli pada tahun 1998. Selamat tinggal VHS. Kotak pita yang sedia akan terus hidup sebagai bekas alat tulis dan menyimpan barangan kecil. Terima kasih JVC.-SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.