ads

PERJALANAN HIDUP LEGENDA TINJU MUHAMMAD ALI SEBELUM MEMELUK ISLAM

Image result for muhammad ali
Al- Fatihah…
Muhammad Ali telah meninggalkan kita dalam usia 74 tahun Sabtu (4 Jun 2016), setelah tiga hari dirawat di RS Kota Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat. Lagenda tinju dunia tersebut sebelum ini mengalami gangguan pernafasan akut yang diimbas dari penyakit Parkinson yang dihadapinya selama 32 tahun terakhir.
Sebelum itu, Ali yang pada dulunya bernama Cassius Marcellus Clay. Pada usia mudanya, Ali meniti kariernya melalui jalur tinju amatur. Pada 1960, dia berjaya meraih pingat emas acara tinju di Sukan Olimpik. Media massa menjulukinya sebagai peninju terbaik sepanjang massa.
Selang setahunnya, dia meraih pula gelaran tinju profesional pertamanya pada usia 22. Clay kemudian semakin diperhitungkan, menjadi lawan sepadan bagi Sonny Liston, peninju terkuat di Amerika pada masa itu. Pertandingan Clay melawan Liston benar-benar diadakan pada 1964 di Bandar Miami.
Dua minggu sebelum bertanding menentang Liston, Clay yang sedang menikmati puncak popularitinya itu telah menjalin komunikasi intensif dengan Malcolm X dan Elijah Muhammad dari organisasi Nation of Islam (NOI).
Ormas NOI menggabungkan ajaran Islam dengan agenda kesaksamaan bangsa bagi warga kulit hitam Amerika Syarikat yang masih mengalami diskriminasi pada ketika itu. Akhirnya, Clay tertarik pada ajaran Islam. Dia menganggap ajaran Nabi Muhammad SAW itu mempunyai tujuan bagi seluruh umat manusia. Setelah berjaya memenangi menewaskan Liston dan meraih gelaran juara dunia, tahun itu juga Clay telah menukar namanya menjadi Cassius X, lalu menjadi Muhammad Ali.
“Saya membuang nama budak saya,” ujarnya ketika itu.
“Ajaran Islam adalah kesaksamaan bagi seluruh manusia,” kata Ali menambah.

muhammadali1

Keputusan Ali memeluk Islam telah mengejutkan seluruh masyarakat dunia khususnya Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika Syarikat mengawasinya kerana dianggap telah menyertai NOI. Pada masa itu organisasi NOI termasuk di dalam senarai hitam kerajaan kerana didakwa membiayai kegiatan keganasan.
Keimannya pada Islam membuatkan Ali pada 1967 melakukan tindakan provokatif. Dia menolak perang Vietnam. Pada ketika itu usia beliau masih belum mencapai 27 tahun, sehingga wajib menyertai ketenteraan. Namun beliau menolak dan akibatnya dipenjarakan serta seluruh gelaran juaranya ditarik semula. Bermula pada tahun 1967 sehingga 1971, Ali tidak dibenarkan sama sekali bertanding tinju mengikut sebarang kategori.
“Perang, membunuh sesama manusia, perkara ini bertentangan dengan iman saya, dengan nurani saya,” kata Ali seperti dipetik dari BBC, beberapa  ketika sebelum menjalani hukuman penjara.
Pada 3 Januari 1972, Muhammad Ali menjalani ibadah haji. Pengalaman mencium Hajar Aswad adalah suatu pengalaman yang sungguh menyentuh hatinya.
“Pengalaman spiritual bersama setengah juta orang mengelilingi Kaabah tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Kami (di Masjidil Haram) berseru kepada Allah, memohon ampunan atas dosa-dosa selama ini serta memohon redhaNYA,” kata Ali.

No comments

Powered by Blogger.