ads

Pokemon Tidak Islamik: Majlis Ulama Arab Saudi

RIYADH – Majlis ulama tertinggi Arab Saudi semalam memperbaharui fatwa 15 tahun lalu yang pernah mengisytiharkan permainan Pokemon tidak Islamik, lapor media negara itu semalam.

SEKUMPULAN penduduk Indonesia bermain Pokemon GO di Banda Aceh.
twa tersebut bagaimanapun tidak menyebut mengenai aplikasi permainan mudah alih Pokemon GO.

Aplikasi Nintendo itu yang menyebabkan pemainnya berjalan merata tempat untuk memburu serta menangkap watak kartun maya pada skrin telefon pintar mereka mencetuskan fenomena di seluruh dunia.
Sekretariat Majlis Ulama Kanan berkata, ia membaharui semula fatwa yang dikeluarkan pada 2001 terhadap permainan Pokemon susulan soalan yang diterima daripada orang ramai.
Majlis itu menganggap mutasi watak di dalam permainan berkenaan yang diberikan kuasa tertentu sebagai sesuatu perbuatan kufur kerana berdasarkan teori evolusi semula jadi.
“Amat mengejutkan apabila perkataan ‘evolusi’ diucapkan kanak-kanak,” katanya.
Menurut majlis itu, permainan itu turut mengandungi elemen lain dilarang Islam termasuk ‘politeisme kerana menggandakan jumlah dewa, selain berjudi yang diharamkan al-Quran dan rujukan kepada berhala serta wain.’
Fatwa itu turut berkata, simbol digunakan dalam permainan itu mengaitkan agama Shinto Jepun, Kristian, Masuniah dan ‘Zionisme global.’
Pihak berkuasa di Kuwait serta Mesir sebelum ini memberi amaran pemain mungkin berisiko apabila menghalakan permainan itu di istana, masjid, kemudahan minyak serta pangkalan tentera. – Reuters/myMetro Online

No comments

Powered by Blogger.