ads

Pukulan Karate Matikan Ayam Sebelum Dijual

Hanya dengan sekali pukulan karate di tengkok, ayam-ayam ini mati. Ia merupakan satu pendedahan yang mengejutkan bagaimana seorang lelaki memukul ayam berkenaan hingga mati sebelum dijual kepada orang ramai di Peru.

Perbuatan lelaki itu telah dirakamkan dan ia kini menjadi viral.
Selepas memukul ayam tersebut, dia memberikannya kepada rakan sekerjanya yang kemudian akan mengelar leher ayam itu untuk memastikan binatang berkenaan benar-benar mati.
ayam1
Ayam-ayam tersebut kemudiannya dibersihkan dan bulunya dicabut sebelum dijual kepada orang ramai.
Rakaman itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada orang ramai dengan ada yang bersetuju dengan alasan ia merupakan cara paling cepat untuk mematikan ayam tersebut.
Manakala bagi yang tidak bersetuju pula, mereka menyifatkan ia sebagai cara paling kejam.
Bagi orang Islam pula, sudah tentu ayam ini haram dimakan.-SAYANG.NET


No comments

Powered by Blogger.