ads

Ramai Salah Faham Isu Saman Sticker – PDRM

Ramai Salah Faham Isu Saman Sticker - PDRM

MELAKA – Susulan tersebarnya gambar sepucuk surat saman yang dikenakan terhadap seorang pemandu akibat menampal sticker pada cermin keretanya di Merlimau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini tampil memberi penjelasan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri Melaka, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah menegaskan bahawa terdapat salah faham yang timbul berikutan penyebaran maklumat di media sosial.
Sticker (pelekat) yang dimaksudkan dalam saman itu adalah pelekat yang menjadikan cermin kereta gelap. Dia tampal plastik warna hitam. Bukannya pelekat seperti yang diviralkan itu,” katanya yang dipetik Harian Metro, merujuk kepada salinan surat saman bertarikh 17 Julai itu.
Menurut Sham, salah seorang rakan kepada individu yang dikenakan saman tersebut telah memuat naik gambar dan menyebarkan fakta yang tidak tepat tentangnya.
“Kita saman cermin gelap dan orang yang kena saman ini menerima saman itu. Tetapi yang menviralkan benda ini sebenarnya bukan orang kena saman. Rakan dia yang langsung tidak tahu cerita sebenar.
“Kita dah sahkan dengan orang yang kena saman. Rakan dia yang buat (viralkan) saman itu dan dia tidak tahu apa-apa.
“Kita kalau pasal ‘sticker’ (pelekat) langsung tidak pernah saman, pakailah pelekat kelab kereta ke, kelab golf ke, tak pernah saman. Yang kita saman tampal plastik yang jadikan cermin gelap,” katanya ketika dihubungi.
Justeru pihaknya turut menasihati anggota yang terbabit dengan isu ini supaya membuat laporan polis.
“Benda ini sudah viral di laman sosial. Tetapi tiada aduan rasmi dikemukakan kepada pihak kami mengenai saman itu.
“Jadi saya nasihatkan orang ramai supaya jangan viralkan perkara tanpa mengetahui fakta sebenar. Dapatkan pengesahan daripada pihak polis adalah lebih baik,” katanya. – MYNEWSHUB.CC




No comments

Powered by Blogger.