ads

Rolls-Royce Dawn Masuk Pasaran Malaysia

Rolls-Royce Dawn Masuk Malaysia

PETALING JAYA – Rolls-Royce Motor Cars memperkenalkan model Dropheadempat duduk super mewah menerusi Rolls-Royce Dawn di sini, hari ini.

Kehadirannya menetapkan satu penanda aras kepada segmen convertible super mewah, ketika Rolls-Royce melihat pertumbuhan pesat sektor produk mewah di Malaysia yang disasarkan kepada pelanggan lebih muda.

Dawn baharu menampilkan 80 peratus panel badan yang unik, malah tayar baharu turut dibina khas hanya untuk model berkenaan.
Dalam menghasilkan model berkenaan, pasukan jurutera Rolls-Royce memberi perhatian khusus kepada bumbungnya yang menawarkan kesenyapan sekali gus menjadi conventible paling senyap di dunia.
Operasi membuka dan menutup bumbung itu dalam 20 saat yang boleh dilakukan pada kelajuan mencecah 50 kilometer sejam. Ia dijual bermula pada harga RM4 juta. – myMetro Online


No comments

Powered by Blogger.