ads

Salam Browser Kini Turut Ditawarkan Untuk Pengguna Peranti Android



Salam Browser merupakan salah satu pelayar web dengan ciri-ciri Islamik yang telah diperkenalkan untuk pengguna Windows tidak lama sebelum ini dalam bentuk beta. Selain untuk pengguna desktop, kini mereka turut menawarkan pelayar web mudah-alih untuk pengguna peranti Android.
Secara keseluruhan, versi peranti mudah-alih ini hanyalah membawakan pelayar web versi Chromium yang dijenamakan semula kepada Salam Browser. Kami tidak melihat sebarang paparan seperti ayat hadis atau ayat al-Quran yang terdapat pada pelayar web desktopnya.
Disamping itu, Salam Browser menekankan kepada fungsi menghalang pelayaran web yang “haram”, termasuk berkaitan perjudian, scam, kandungan lucah dan sebagainya. Fungsi pelayar web lain seperti penjimatan data turut disertakan pada Salam Browser ini.
Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda boleh memuat-turun Salam Browser untuk peranti mudah-alih anda hari ini.

No comments

Powered by Blogger.