ads

Salman Khan Kahwin 18 November Tapi Tak Tahu Bila

AKTOR terkenal Bollywood, Salman Khan, 50, mengakui bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi bersama-sama dengan wanita pilihannya, Lulia Vantur.

image
“Ibu dan adik saya sering mendesak saya dengan soalan mengenai perkahwinan. Jadi saya menetapkan 18 November sebagai tarikh perkahwinan.
“Tetapi, tahunnnya tidak pasti lagi buat masa ini, katanya.
Tambah Salman, adik perempuannya Arpita Khan juga telah berkahwin dengan Aayush Sharma pada tarikh yang sama.
Sebelum ini, Salman dikhabarkan telah bertunang dengan pelakon dan pengacara terkenal Romania, Lulia Vuntur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat mereka.
Mereka bertemu di Dublin, Ireland sewaktu menjalani penggambaran filem Bodyguard, pada tahun 2010. -SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.