ads

Samsung Hadir Dengan Rekaan Muka-Taip Tersendiri, Dinamakan SamsungOne



Pelbagai syarikat teknologi kini mempunyai rekaan muka-taip tersendiri untuk digunakan sebagai jenama mereka pada pelbagai produk keluaran mereka. Terkini, Samsung hadir dengan muka-taip tersendiri yang dinamakan sebagai SamsungOne.
Muka-Taip daripada Samsung ini dioptimasikan untuk penggunaan pada pelbagai peranti, termasuk pada jam tangan pintar, telefon pintar, komputer riba, televisyen, mahupun pada peralatan elektronik yang lain. Penggunaan muka-taip tersendiri ini juga sekaligus memberikan pengalaman selari pada pelbagai produk Samsung, mahupun pada pengiklanan dan pemasaran Samsung.
Muka-taip SamsungOne juga berciri universal dan menyokong pelbagai jenis tulisan di luar sana – sekaligus membawakan sokongan global yang jarang dilakukan oleh sejumlah muka-taip lain.
Bagi anda, apakah anda menyukai rekaan muka-taip baru daripada Samsung ini, ataupun sebaliknya?-SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.