ads

Seagate Melancarkan Cakera Keras Konsumer 10TB

Cakera keras konsumer 10TB barracuda-pro-banner-970-80

Seagate telah melancarkan cakera keras konsumer 10TB yang merupakan cakera keras konsumer berkapasiti terbesar di dunia. Walaupun tidak semua orang memerlukan cakera keras sebesar itu, ia amat berguna untuk menyimpan gambar-gambar 40MP, video 4K dan permainan video 60GB yang mungkin akan terkumpul dalam masa akan datang.
Cakera keras konsumer 10GB Seagate BarraCuda Pro 10TB merupakan cakera keras komputer desktop yang berputar pada kelajuan 7200RPM dan mempunyai kadar pindahan data 220MBps dan dijangka akan dijual pada harga USD535.
Seagate juga mempunyai sebuah cakera keras yang disasarkan untuk peranti Network Attached Storage (NAS) dipanggil IronWolf. Cakera keras ini berlainan dari BarraCuda keranda dilengkapi pengesan getaran putaran bagi menentang getaran tinggi yang dialami apabila terdapat berbilang cakera keras di dalam sebuah rek server atau kotak NAS.
IronWolf dioptimumkan untuk RAID dan pemulihan ralat dan mempunyai kadar beban kerja 180TB/setahun. Cakera keras IronWOlf 10TB dijangka akan dijual pada harga USD470.
Yang terakhir adalah cakera keras Seagate Skyhawk 10TB direka khas untuk peranti pengawasan seperti CCTV. Cakera keras ini membolehkan 64 buah kamera definisi tinggi menulis data ke atasnya pada satu masa yang sama. Ia juga dilengkapi pengesan getaran seperti IronWolf bagi memastikan jangka hayat operasi yang lama. Seagate turut menyertakan perisian pemulihan data, menjadikan data anda lebih selamat. Cakera keras 10TB ini akan dijual pada harga USD460.
Anihnya, Seagate hanya menawarkan jaminan 3 tahun untuk cakera keras gred korporat IronWolf dan SkyHawk manakala cakera keras konsumer BarraCuda mendapat jaminan selama 5 tahun. Mungkin itu sebabnya ia lebih mahal berbanding model lain.-SAYANG.NET

No comments

Powered by Blogger.