ads

Sedih Kehilangan Ibu, Warga Emas Meninggal Dunia

Sedih Kehilangan Ibu, Warga Emas Meninggal Dunia

SEORANG lelaki warga emas berusia 68 tahun dari Arab Saudi meninggal dunia semasa upacara pengebumian ibunya kerana terlalu sedih.

Menurut portal tempatan, si anak yang berasa sangat kehilangan menangis teresak-esak sebelum pengsan dan terjatuh ke dalam liang lahad yang bakal menempatkan jenazah ibunya.
Pemeriksaan oleh pihak hospital yang terletak di barat Taif, mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Dia menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dia tidak dapat terima hakikat ibunya sudah meninggalkannya seorang diri di dunia ini,” kata salah seorang ahli keluarganya. – MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.