ads

Sony Akan Berkongsi Lanjut Penawaran PlayStation VR Untuk Pasaran Asia Pada 28 Julai

Sony sebelum ini telah mengumumkan penawaran PlayStation VR untuk pasaran Amerika Syarikat – mengatakan ia akan ditawarkan sekitar bulan Oktober kelak. Kini, syarikat permainan popular dari Jepun ini akan turut berkongsi lanjut mengenai penawaran set realiti-maya mereka untuk pasaran Asia dalam tempoh dua minggu lagi.
PlayStation VR merupakan set realiti-maya daripada Sony, membolehkan pemain mengalami permainan dalam kaedah baru dan berbeza berbanding permainan PlayStation yang lain. Ramai yang menantikan set realiti-maya PlayStation VR memandangkan penawaran kandungan permainan padanya adalah lebih menarik berbanding penyedia lain.
Melalui acara yang dijadualkan oleh Sony ini kelak, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai harga dan tarikh penawarannya untuk pasaran Asia – terutamanya untuk pasaran Malaysia. Anda juga turut boleh mengikuti siaran langsungnya melalui laman khusus Sony pada 28 Julai 2016 ini, pukul 12.30 tengah hari.


No comments

Powered by Blogger.