ads

SSD 4TB Samsung 850 EVO: Sebab Untuk Menukar Ke SSD?

Samsung 850 EVO 4TB SSD-970-80

Beberapa tahun lalu, untuk mencari sebuah SSD melebih kapasiti 256GB dan dengan kapasiti tersebut para gamers hanya boleh memuatkan beberapa permainan video pada sesuatu masa memandangkan permainan video terkini rata-rata menggunakan ruang antara 20GB – 30GB. Dengan SSD 4TB Samsung 850 EVO, pengguna bukan sahaja memperolehi ruang simpanan 4TB, malah memperolehi prestasi membaca/menulis pemacu sepantas 540MBps/520MBps.
Ia memberikan dua kali ganda lebih kapasiti storan berbanding barisan produk EVO sedia ada dan secara rasminya SSD gred konsumer berkapasiti tertinggi yang boleh anda beli di pasaran.
Sungguhpun begitu kapasiti itu hanyalah separuh dari kapasiti HDD konsumer terbesar. Terdapat SSD yang berkapasiti lebih besar pada 16TB, tetapi ia hanya boleh diperolehi bagi pelanggan korporat.
Walaubagaimanapun, seperti yang anda boleh jangka, kapasiti dan kepantasan ini datangnya dengan harga yang tinggi. 850 EVO 4TB dijual pada harga USD 1,499 dan akan dilancarkan pada 31 Julai nanti. Pada harga yang sama, anda mungkin dapat membeli sebuah komputer gaming yang agak berprestasi tinggi, menunjukkan harga SSD tersebut masih jauh dari capaian pengguna biasa.

No comments

Powered by Blogger.