ads

 

 

VIRAL di media sosial sejak beberapa hari lalu, mendakwa gambar pelajar perempuan yang ditampar oleh seorang guru sehingga cedera di leher dikatakan merupakan gambar lama sehingga menyebabkan netizen beranggap pelajar berkenaan seolah-olah mereka cerita palsu.

 Bagaimanapun, Bapa kepada pelajar tingkatan tiga terbabit, Zulkifli Yunus, 58, tampil menafikan dakwaan yang tidak berasas itu.

“Itu memang gambar terbaru anak saya yang dirawat di hospital selepas ditampar guru yang mendakwanya mempunyai masalah disiplin.
“Jika anak saya tidak sembuh atau lumpuh, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Menurut Zulkifli, memang benar anak sulungnya itu pernah terjatuh di bilik air pada November 2015, yang menyebabkan lehernya cedera.
Siti Nursyahida, 15, dinasihatkan oleh doktor agar tidak melakukan kerja berat termasuk bersukan kerana bimbang sarafnya bermasalah dan boleh menyebabkan lumpuh.

“Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah. Namun kejadian itu (ditampar) memberikan kesan kepada leher anak saya.

 Kalau Anak Saya Lumpuh, Saya Nak Saman
“Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru mempunyai pilihan lain untuk mendidik dan menghukum, termasuk rotan dan tidak mencederakan pelajar,” katanya.
Nursyahida yang telah dibenarkan keluar dari wad pada hari ini, melahirkan rasa kesal dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya di laman sosial.

“Banyak fitnah yang dilemparkan. Namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.
“Hal yang sebenarnya ialah saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu memang kening sebenar, dah macam itu rupanya,” tambah Nursyahida.

Difahamkan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jaafar Ismail telah bertemu dengan keluarga mangsa.
Pihaknya telah bersepakat dengan Zulkifli Yunus untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan kedua-dua pihak.- SAYANG.NET



 

No comments

Powered by Blogger.