ads

Wow! Pasangan Pengantin Hadiahkan Tetamu Apartmen

KEBIASAANNYA dalam sebuah majlis meraikan sepasang mempelai yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga. Tetamu akan hadir dengan pelbagai hadiah untuk diberikan kepada pasangan terbabit.

Namun berbeza pula dengan pasangan dari Indonesia ini iaitu Sylvie Yuliati Lesmana dan Septian Suryawirawan yang tampil sebaliknya apabila menghadiahkan sebuah apartmen dan pelbagai barangan mewah kepada tetamu yang hadir pada majlis Ahad lalu
Antara barangan mewah yang disediakan ialah telefon pintar, tablet, iPad dan baucar penginapan di sebuah hotel lima bintang di Surabaya.
Majlis itu diadakan secara gilang-gemilang di Gedung Imperial Ballroom Pakuwon Golf & Family Club, Vila Bukit Regensi Pakuwon Indah, Surabaya.
Ianya dihadiri oleh kira-kira 520 tetamu terdiri daripada rakan baik pasangan berkenaan, ahli keluarga dan selebriti terkenal Indonesia.
Menurut Septian, satu acara cabutan diadakan sebagai acara simbolik untuk menyampaikan hadiah bertuah tersebut dan sebagai tanda terima kasih mereka kepada tetamu yang hadir.
“Saya membeli sebuah apartmen di Jalan Mayjen Sungkono untuk dijadikan hadiah kepada tetamu. Kami mahu berkongsi kebahagiaan dengan mereka,” katanya.
Pemenang bagi hadiah utama pada malam itu ialah rakan Septian iaitu Poltak Tobing dari Jakarta. Dia tidak menyangka akan memenagi hadiah yang menjadi ‘kegilaan’ tetamu yang hadir pada majlis itu.
Jelas Poltak, dia hampir-hampir membatalkan niatnya untuk menghadiri majlis itu kerana terlepas penerbangan dari Jakarta ke Surabaya.
“Nasib baik isteri saya menyuruh saya menaiki penerbangan seterusnya untuk hadir ke majlis itu,” jelasnya. – SAYANG.NET


No comments

Powered by Blogger.