ads

Zawara Coffee Janji Ubah Fizikal Trak Perang

.

HARI ini heboh apabila sebuah trak milik syarikat kopi terkenal di Malaysia, Zawara Coffee dirampas gara-gara kenderaan itu dikatakan mirip trak pelancar tentera.

Susulan itu, Zawara Coffee memohon maaf kepada rakyat Malaysia sekiranya strategi pemasarannya menggunakan trak dilengkap pelancar roket itu telah mencetuskan panik orang ramai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Zawara Coffee Sdn. Bhd., Kamarul Arif, rupa fizikal trak tersebut sebenarnya bermotifkan makanan yang syarikat itu jual dan bukan loreng tentera seperti yang disangkakan ramai.
“Trak itu jika dilihat secara dekat bukan loreng tentera tetapi gambar makanan yang kita jual di Zawara. Motif itu adalah motif burger dan churos,” katanya kepada portal FMT.
Pun begitu, jelas Kamarul, syarikat itu berjanji akan mengubah bentuk fizikal trak tersebut.
“Kalau trak itu dikeluarkan kita akan letakkan warna lain,” katanya yang akui trak tersebut menimbulkan panik terutama ketika isu militan melibatkan Daesh masih rancak.

Sementara itu, Kamarul berkata pelancar roket palsu itu digunakan kerana ia melambangkan ‘tenaga’ daripada meminum kopi.
“Sebab itu kita juga tulis ‘take a shot’, ia melambangkan kopi espresso,” katanya.
Difahamkan, trak itu dibeli secara peribadi daripada Angkatan Tentera Malaysia dan diubah pendaftaran menjadi milik awam.
Pada Selasa, polis menahan dua lelaki yang memandu kenderaan perisai tersebut di Jalan Semarak Api, Cyberjaya selepas menerima maklumat orang ramai.
Bagaimanapun mereka telah dibebaskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana mengubah suai kenderaan. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Free Malaysian Today

No comments

Powered by Blogger.