ads

Bapa Emma Maembong Cedera Ditetak Dalam Cubaan Samun

 ISMAIL Embong.

KUALA LUMPUR – Bapa kepada pelakon wanita popular, Emma Maembong cedera ditetak selepas rumahnya disamun di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd. Isa berkata dalam kejadian pada 4 petang tadi, mangsa, Ismail Embong, 68, yang duduk berseorangan di rumah sebelum didatangi seorang lelaki bersenjatakan parang.

“Suspek terus meminta barangan berharga dan mangsa telah menyerahkan wang serta cuba melawan sehingga bergelut.

“Berikutan pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan kerana ditetak di tangan kiri dan kepala lalu melarikan diri ke rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rusdi berkata selepas mangsa melarikan diri, suspek kemudian meninggalkan rumah dan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh jirannya bagi mendapatkan rawatan.

Kataya, siasatan lanjut dan jumlah kerugian masih disiasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata. – BERNAMA

 

No comments

Powered by Blogger.