ads

‘Jika Ada Majlis, Saya Akan Maklum’ – Azrinaz

1-8-480x384
SEJAK bulan lalu, heboh gosip menyatakan ikon fesyen terkenal, Wak Doyok telah mengikat tali pertunangan dengan bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz Mazhar Hakim.

Pun begitu, baik kedua-duanya tidak pernah mengesahkan kepada mana-mana akhbar tentang berita pertunangan itu.

Dalam pada itu, Azrinaz yang juga bekas wartawan penyiaran TV3 memberitahu, dia akan berkongsi jika ada perkembangan terbaharu berhubung berita itu.

“Saya terkejut membaca berita itu. Buat masa ini tiada apa yang boleh dikongsikan.

“Jika ada majlis antara kami, saya akan maklumkan tetapi saya tidak berjanji untuk membuat pengumuman rasmi,” katanya kepada BH Online.

4-Wak-Doyok-Azrinaz-Mazhar-Hakim-Bertunang-jpeg

Sementara itu, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36; enggan memberi sebarang komen perihal berita itu.

Pasangan ini ditemui ketika majlis pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2016 di Pavilion, Kuala Lumpur malam tadi.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan pasangan ini telah bertunang pada 23 Julai lalu di kediaman Azrinaz di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.

Majlis pertunangan pasangan itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.-SAYANG.MY



 

No comments

Powered by Blogger.