ads

PANAS!!! gadis Jelita dan seksi ini BERANI MATI, ! jadi popular di laman sosial



MOSCOW  Ogos – Berbekalkan wajah jelita dan keberanian mengambil gambar selfie dari puncak bangunan pencakar langit di seluruh dunia, seorang gadis dari Russia muncul sebagai selebriti media sosial.


Mail Online melaporkan, Angelina Nikolau, 23, disifatkan media Rusia sebagai jurugambar yang belajar sendiri, pengembara dan ‘roofer’ atau lebih dikenali sebagai individu yang cuba berada terlalu hampir dengan puncak bangunan pencakar langit untuk mengambil gambar.

Gadis itu mempunyai peminat dari seluruh dunia dengan hampir 90,000 orang menjadi pengikut akaun Instagram miliknya.

Malah, dia pernah menghabiskan masa berminggu-minggu di China, Hong Kong selain tempat asalnya di Rusia untuk mengambil gambar dari ketinggian beratus-ratus meter.

Bukan sekadar gambar selfie, Nikolau turut meminta rakannya merakam gambarnya melakukan aksi lagak ngeri seperti gimnastik pada bangunan pencakar langit di dunia.

Antara imej yang dirakam menunjukkan gadis itu berbaring pada puncak sebuah bangunan dengan kakinya berada hanya beberapa sentimeter daripada kedudukan yang membolehkannya terjatuh.

Menariknya, Nikolau menerusi keterangan gambar menyatakan dia menikmati setiap saat itu.

Bagaimanapun, gadis tersebut tidak terlepas daripada kecaman apabila pengguna media sosial Rusia menyatakan dia perlu berhenti berbuat demikian kerana boleh mempengaruhi orang lain melakukan perbuatan serupa selain mengakibatkan dirinya cedera.


“Anda terlalu muda dan cantik. Tindakan itu tidak wajar untuk nyawa anda,” kata seorang pengguna Instagram, just-joslyn. 





No comments

Powered by Blogger.