ads

TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak Buta Di Stadium Larkin

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mempamerkan sifat terpuji baginda apabila berkenan bertemu dengan kanak-kanak kelainan upaya (OKU) Muhamad Erwan Shah Mohd Fazli, di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, semalam.

 TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak Buta Di Stadium Larkin 

Pertemuan tersebut bagi melengkapkan impian Muhamad Erwan yang cacat penglihatan, untuk bertemu baginda dan pemain JDT Safiq Rahim.
Sebelum ini pertemuan awal antara Muhamad Erwan dan Safiq Rahim telahpun diadakan sewaktu kunjungan pasukan JDT ke Perak.

TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak Buta Di Stadium Larkin
TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak Buta Di Stadium Larkin

Bagi merealisasikan pertemuan di Johor Bahru yang lebih istimewa, segala kos perjalanan, tempat tinggal dan segala perkara yang berkaitan telah ditanggung sepenuhnya oleh TMJ.
Baginda berbuat demikian demi melunaskan impian anak kecil ini yang mahu menjejakkan kaki ke
 bumi Johor dan merasai sendiri suasana kemeriahan di Stadium Larkin.

TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak Buta Di Stadium Larkin
TMJ Tunai Impian Kanak-Kanak Buta Di Stadium Larkin
Selain meluangkan masa bersama Muhamad Erwan yang tampak begitu gembira, TMJ turut meluangkan masa melayan penyokong OKU lain tanpa kekok sekaligus mencetus pujian dalam kalangan netizen. –SAYANG.NET

 

No comments

Powered by Blogger.