ads

JOM MOHON RUMAH MESRA RAKYAT 1 MALAYSIA (RMR1M)



Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1m)- Rumah merupakan satu keperluan untuk sebuah keluarga. Tetapi rumah merupakan satu aset yang mahal dan perlu belanja yang sangat besar untuk memilikinya. Oleh yang demikian wujudnya program RMR1M yang ingin membantu rakyat yang berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin. Kini anda boleh membuat permohonan secara online!
Permohonan ini sangat mudah. cuma ikuti langkah- langkah yang diberikan menerusi manual pengguna. Kalau melalui borang pula boleh diambil di pejabat wakil rakyat masing- masing.
Ada beberapa syarat dan terma yang perlu dipatuhi untuk permohanan skim ini. Iaitu permohonan mestilah berumur 18-60 tahun. Pendapatan kasar seisi rumah antara RM 750- RM 3,000 sebulan. Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna. Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya. Tapak keluasan minimum 2,800kps/3,200kps/3,600kps.

Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat di Semenanjung Malaysia

  • Mempunyai keluasan 1,000 kps dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 tandas
  • Harga rumah adalah RM 65,000
  • Subsidi kerajaan adalah RM 20,000
  • Feadah pinjaman dari bank dengan subsidi kerajaan sebanyak 2%
  • Jumlah bayaran bulanan tertakluk kepada pihak bank

Ciri Ciri Rumah Mesra Rakyat di Sabah dan Sarawak

  • Mempunyai keluasan 700kps, 3 bilik dan 2 tandas
  • Harga rumah bermula dengan RM68,000 hingga ke RM 79,000
  • 1/3 pinjaman disubsidi Kerajaan
  • Baki dibayar balik tanpa feadah

Syarat Syarat kelayakan Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

  • Warganegara Rakyat Malaysia
  • Berkeluarga atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tangungan
  • Tidak mempunyai milikan rumah
  • Berumur 18 hingga ke 60 tahun
  • Bependapatan dari RM 750 hingga ke RM 3,000 sebulan
  • Mempunyai tanah sendiri yang tidak mempunyai sekatan di atasnya
  • Tanah mesti seluas 3700 kps di Semenanjung Malysia dan 2600 di Sabah dan Sarawak




No comments

Powered by Blogger.