ads

Mari Kenali Amelia Thripura Henderson Isteri Kepada Tunku Harunnarasheed Putra, 29, anak kepada Tunku Bendahara Kedah



Nama Penuh:Amelia Thripura Henderson
Tarikh Lahir:20 Oktober 1995
Asal:Selangor Malaysia
Kerjaya:Pelakon,Pelakon Suara,Model,Pengacara Televisyen

Beliau mula menceburi bidang seni sebagai seorang model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.

Selepas itu, beliau berjaya membintangi sitkom Keluarga Adam.Beliau juga pernah mementaskan persembahan muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana BudayaKuala Lumpur pada tahun 2007.

Di samping itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat.Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol.Beliau bernasib baik kerana ditawarkan untuk menjadi suara latar di dalam filem animasi ini.

Beliau akhirnya bersetuju untuk merakamkan suara di dalam filem animasi ini kerana beliau amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British danAmerika.Tambahan pula, beliau diberikan tempat untuk berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime hasil arahan Yasmin Ahmad

Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di MelbourneAustralia

Ibu beliau adalah seorang doktor gigi yang berketurunan India bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotlandbernama Graham L. Henderson.

Beliau mempunyai dua adik-beradik dan merupakan anak yang sulung. Adiknya pula bernama Alexander Rudrakeith Henderson.

Amelia Henderson yang kini memeluk Islam dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah sah bergelar isteri kepada Tunku Harunnarasheed Putra, 29, anak kepada Tunku Bendahara Kedah, Almarhum Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015, yang bertempat di Carcosa Seri Negara.


Filemografi


TahunTajukPeranan
2008Barbie in A Christmas CarolKelly / Tammy
2009TalentimeMelati
2009Barbie and the Three MusketeersMiette
2009Sing Along With BarbieMiette
2012Seefood
2012War of the Worlds: GoliathYoung Girl
Kemunculan dalam televisyen
TahunTajukSaluranPeranan
2006Keluarga AdamTV2
2008Kasut Tumit TinggiASTRO (Astro Prima)
2009The English RoomASTRO (Astro TVIQ)Amelia
2010The English Room: Let's Talk!ASTRO (Astro TVIQ)Amelia
2013SPM English Literature ComponentASTRO (Astro Tutor TV SPM)Amelia
2015MYEG Daily/SuperSport Daily/Dashing DailyASTRO (Astro Supersport)Amelia Henderson
2015 - awal tahun 2016GO TRAVELGOASEANAmelia Henderson
2015Keluarga PontimauTV3Sabrina
2016Oh My English!: After SchoolASTRO(Astro TVIQ dan Astro Maya HD)

No comments

Powered by Blogger.