ads

Saharul Ridzwan Sah Bergelar Suami Deena

image-12
PELAKON Saharul Ridzwan sah bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, dengan sekali lafaz, kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Pasangan ini diijab kabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamed Akir Emir Bin Ahmad Teruki di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
saharul2
saharul3
saharul3
Dalam majlis pernikahan itu, Saharul, 27, menyerahkan mas kahwin RM300, lima dulang hantaran berbalas tujuh dulung daripada pihak pengantin perempuan. Jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Sementara itu, Shahrul meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya dengan Deena berjalan lancar.
“Alhamdulillah, hari ini bermulalah satu fasa baru dalam hidup saya, dan saya sendiri tidak sabar untuk memikul tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaik-baiknya,” ujarnya kepada mStar Online.
saharul4
Majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Majlis resepsi akan diadakan di Dewan Sri Siantan Putrajaya, petang ini manakala majlis bersama peminat bakal diadakan di Shah Alam, pada Ahad. 
sumber– MYNEWSHUB.CC

No comments

Powered by Blogger.