ads

Aku Kerja Sorang Je Malam Tu Kat Pejabat, Tengah Sibuk Habiskan Kerja Cepat, Tibe2 Ada Awek Cleaner Datang Tanya.... Dahla 2 Orang Je, Lepastu..



Semasa mengemas bilik untuk berpindah pejabat, banyak buku/draf tesis/surat lama yang tidak diperlukan lagi. Sudah disimpan sejak hampir 10 tahun yang lalu kerana sayang untuk dibuang…tetapi ada masanya kita kena dengar cakap orang-orang tua. Kalau kita sayangkan sesuatu…ada masanya adalah lebih baik kita berikan kepada orang lain. Atas dasar menghormati orang tua (hee hee)…saya bergegas terus mencari seorang kakak cleaner yang setia membersihkan kawasan sekitaran pejabat saya sejak bertahun dahulu.
Saya : Kak…saya tengah kemas bilik. Banyak kertas. Akak nak tak?
Kakak – Nak…nak…(mukanya terpancar cahaya kegembiraan).
Saya : OK kak…nanti datang ambil kat bilik ya, sikit lagi…sebab saya nak pergi pejabat dulu sekejap, tengok surat. Tahu kan nombor bilik saya?
Kakak – Tahu…apa pula tak tahunya. Terima kasih Dr.
Saya – Tapi…akak kena cari trolilah…banyak tau. Takut patah pinggang nanti nak mengangkatnya.
Kakak – Oooo ya ke. Tak apa…akak ada cara…guna kerusi yang ada roda tu. hee hee (suaranya ceria dan wajahnya begitu bercahaya…gembira pastinya).
Saya : Bijak…bijak…hee hee.
Kira-kira 45 minit kemudiannya…Di dalam bilik, saya mengemas, sambil kakak itu mengumpul kertas yang tidak diperlukan lagi, dimasukkan satu persatu ke dalam plastik sampah. Di asingkan mengikut warna dan kualiti.
Saya – Akak nak jual ni, kat mana kak?
Kakak – Tak ada masalah Dr. Telefon jer, ada lori datang ambil nanti. Kalau tak pun, seminggu sekali, dia datang.
Saya – Oooo…untunglah juga ya sebab kerja di kawasan universiti…memang banyak kertas.
Kakak – Bolehlah juga Dr. Tampung duit gaji….taklah seberapa, tapi bolehlah untuk beli jajan ke atau ikan kembong seekor dua.
Diam seketika….tiba-tiba dia bersuara semula…
Kakak – Terima kasih ya Dr. Banyak ni rezekinya. Dapatlah duit lebih sikit ni untuk buat belanja dapur.
Saya – Ehhhh… tak ada apalah kak. Saya memang nak buang pun semua ni. Saya yang patut berterima kasih dengan akak sebab tolong saya.
Kakak – Tapi..Akak rasa bersalah ni Dr. Ini bukan kawasan akak. Kawan akak tu dah marah.
Saya – Kawan marah? Kawasan apanya pulak ni?
Kakak – Ya lah. Akak jaga blok sebelah tu. Dulu ya lah akak jaga sini. Sekarang, blok ni kawan akak yang jaga.
Saya – Laaaa…ada main-main jaga kawasan macam dalam dramalah pulak. Hee hee
Kakak – Dia cuti hari ni kebetulannya tapi kawan dia nampak tadi…dia dah report. Tadi dia nampak akak tolak  2 plastik. Ni ada lagi banyak ni. Dia mesti marah lagi ni.
Saya – Laaaa…apa lak masalahnya. Akak bukannya kutip di luar bilik ke apa ke. Saya yang memang cari akak sebab saya memang nak bagi akak.
Kakak – Tu lah pasal. Akak dah cakap. Dia tak peduli, dia mintak share juga sebab ini kawasan dia.
Saya – Laaa..macam tu pun ada. Tok sah layanlah kak. Karoot Komedia sungguhlah.
Kakak – Tak apalah Dr. Nanti akak bahagi dualah dengan dia. Malas nak panjangkan cerita. Nanti berbulan-bulan dia bawa cerita ni ke hulu-ke hilir.
Saya – Hmmm…tak apalah akak kalau gitu. Tapi kalau saya…buat bodoh jer…hak akak.
Sambil terus mengemas, kami meneruskan perbualan..pelbagai tajuk. Tentang kesukaran hidup apabila kos sara hidup semakin meningkat, tentang harga kertas yang dijual semula,  ada beza harganya mengikut warna rupanya (patutlah dia asingkan kertas tu tadi mengikut warna…canggih), harga botol air mineral yang dijual semula….dan macam-macam lagi. Murah gila rupanya semua tu bila di jual pada orang tengah. Tak berbaloi rasanya. Banyak yang saya belajar tentang hidup dari kakak yang seorang ni…yang tiada dalam buku….

No comments

Powered by Blogger.