ads

Demi Capai Impian Pemuda Berusia 31 Tahun Ambil Pt3



NIK Mohd Nazrul (tengah) bersama sebahagian pelajar dan guru membuat ulangkaji terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan di SMK Long Ghaffar, Pasir Tumboh, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi
KOTA BHARU 10 Okt. - Biarpun usianya sudah mencecah 31, itu tidak menjadi halangan bagi Nik Mohd. Nazrul Nik Rashid untuk mengambil semula ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini.


Nazrul tetap gigih menduduki semula ujian itu selepas pernah gagal sebelum ini demi mengejar impiannya untuk mendapatkan jawatan tetap sebagai pemandu di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).



Bapa kepada empat anak itu juga turut berkata jika gagal sekali lagi, dia akan menduduki ujian itu semula kerana impiannya itu tidak pernah padam.



Jawatan saya sekarang adalah kontrak dan saya perlu menduduki PT3 untuk membaiki sijil saya bagi membolehkan memohon ke jawatan tetap.



"Saya tidak akan berputus asa, malah akan terus berusaha sehingga berjaya mendapat sijil berkenaan memandangkan saya benar-benar menginginkan jawatan tetap itu untuk menjamin masa depan kami sekeluarga," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.



Nazrul ditemui selepas menduduki kertas Bahasa Melayu di SMK Long Gafar di sini hari ini.



Menurut Nazrul lagi dia hanya sempat mengikuti kelas tuisyen untuk menghadapi PT3 ketika ada masa lapang kerana sibuk bekerja.



"Saya juga mengulangkaji sendiri di rumah dengan bantuan jiran yang juga pelajar tingkatan 3. Dia banyak membantu dengan berkongsi soalan-soalan untuk rujukan," katanya.



Seorang lagi calon, Noor Nabilah Zulkipli, 15, berkata, dia tiba di sekolah seawal pukul 7 pagi untuk menghadapi PT3 hari ini.



"Meskipun baru sahaja kehilangan ayah pada 1 September lalu akibat asma, itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus berusaha mencapai keputusan yang cemerlang.



"Untuk menghadapi PT3 saya banyak mengulangkaji di rumah selain memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru mengajar di dalam kelas.



"Selain itu, saya juga mengamalkan solat hajat setiap malam dan ini adalah usaha saya untuk mencapai keputusan semua A bagi menyambung pelajaran dalam aliran sains," katanya.



Sumber : Utusan Online,Siakapkeli,BeritaHarian

No comments

Powered by Blogger.