ads

Penampakan wanita bunian dirakam secara tak sengaja dalam operasi mencari di Gunung Lambak Kluang Johor Darul Tazim



Khabar gembira di Maal Hijrah buat isteri dan anak-anaknya.

Untuk makluman  L/Kpl 16xxxx Norhisham Bin Abdullah telah di temui dalam  keadaan selamat, tidak bermaya dan kelaparan oleh orang awam pada jam 6.30 pagi tadi di kaki gunung berhampiran satu kawasan runtuhan yang agak terlindung daripada pandangan..

Beliau telah dihantar ke bahagian kecemasan Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, Lans Koperal Norhisyam Abdullah, 30, berkata  pusat operasi mencari dan menyelamat ditutup dan pencarian ditamatkan.

Namun begitu satu gambar yang menggemparkan telah dikongsikan di laman facebook tentang terdapatnya satu kelibat wanita bertudung dan berbaju putih bersih seperti pengantin kelihatan berada betul-betul di sebelah seorang anggota polis berjaya dirakam secara tidak sengaja.

Keadaan yang licin dan berhujan apa lagi di kawasan berhutan dan pada aras yang tinggi Gunung Lambak sudah pastinya bukan lah gambar photoshoot pengantin dijalankan di situ.

Menurut beberapa orang kemungkinan ia adalah merupakan bunian. Tidak diketahui kesahihan gambar tersebut, namun ada yang menegaskan gambar tersebut adalah asli dan bukan diedit menggunakan persian Photoshop.

Lans Koeral Norhisyam Abdullah, 30 adalah anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sri Lalang Kluang



SUMBER: MEDIASERIUS

No comments

Powered by Blogger.